Selasa, 8 Ogos 2017

Tempat Miqat Umrah


1. Di Tanaim ialah tempat miqat umrah yang paling dekat (lebih kurang 5 km. dari Masjidil Haram). Di sini terletak Masjid Siti Aisyah r.a. yang juga dikenali sebagai Masjid Tanaim, bagi memudahkan anda bersolat sunat ihram. Di sini Siti Aisyah r.a. melakukan solat dan sebagai miqat umrah pada tahun ke 10 Hijrah, dan sebagai tempat miqat umrah yang paling afdal untuk kaum wanita.

2. Di Jakronah yang terletak lebih kurang 22 km. dari Masjidil Haram. Di sini terdapat Masjid Jaronah bagi memudahkan anda bersolat sunat ihram. Di sinilah tempat Rasulallah s.a.w. membahagikan harta rampasan perang selepas perang Hunain kepada sahabat-sahabat yang mengambil bahagian dalam peperangan tersebut. Tempat ini juga dikenali dengan nama Miqat Rijali (miqat lelaki). Di miqat inilah juga Rasulallah s.a.w. dan para sahabatnya berniat umrah pada tahun ke 8 Hijrah.

3. Di Hudaibiyah yang terletak di Syumaisi, adalah satu lagi tempat miqat umrah, terletak kira-kira 29 km. dari Masjidil Haram, adalah lebih jauh dari Tanaim dan Jiranah. Di sini terdapat Masjid Hudaibiyah atau Masjid Bai’ah ar-Ridhwan Hudaibiyah. Kawasan ini merupakan tempat di mana Rasulallah s.a.w. bersama 1500 para sahabat telah tertahan daripada melakukan umrah pada tahun 6H.

Para sahabat kemudiannya melakukan bai’ah (janji setia) kepada Rasulallah s.a.w., untuk memerangi orang-orang kafir Quraisy. Akhirnya berlakunya genjatan senjata antara muslimin di bawah Rasulallah s.a.w. dan kafir Quraisy, dan termetrinya Perjanjian Hudaibiyah. Peristiwa ini ada disebut dalam surah al-Fath, ayat ke 10 dan ayat 18.


4. Di Arafah yang terletak 22 km

5. Di Adhaat Libn yang terletak 16 km daripada Mekah




Wallahu a’alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan