Selasa, 8 Ogos 2017

Rukun Haji


Pengertian Rukun Haji

Ia adalah beberapa perkara amalan dalam ibadat haji yang wajib dikerjakan. Jika terlupa atau tertinggal dengan senghaja atau tidak, tidak sah hajinya dan ia tidak dapat digantikan dengan bayaran dam dan kenalah ia menunaikannya sekali lagi di tahun yang akan datang.


Bahagian Rukun Haji

Rukun haji ada 6 perkara –
  1. Berniat Ihram
  2. Wuquf di padang Arafah
  3. Tawaf mengelilingi Baitullah sebanyak 7 pusingan
  4. Sa’ie (berlari anak) diantara bukit Safa & bukit Marwah sebanyak 7 kali secara
    berulang alik
  5. Bercukur atau bergunting rambut
  6. Tertib pada rukun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan